Cherry Flowers
Happy National Bestfriend Day♥
Monday, June 8, 2015 | 6:04 AM | 0budak comel



Assalamualaikum. Happy National Bestfriend day untuk awak, bff  I just wondering i ada bff ke tak hahaha tapi tu dulu. Dulu dulu kemain tacing bagai sebab kita dah anggap orang tu macam bff kita tapi dia? sikit pun tak anggap kita ni bff dia. Kau rase? Gila tak tacing kan? Lepastu en en tetiba orang tu ngaku yang kita ni bff dia say whaaaaaaaat?! Gila ah kalau cakap tak happy. Sumpah bahagia bagaikan dunia ni aku yang punya acewaaaaaah *terover* maafkan hakak ye adik adik. Hahahahaha. So here, dear you bff, thanks for 5 years and still counting with me yaaa. Iloveyou more than you love me. Pls believe me *kuikui i tak tipu okay* Pls stay with me forever okay? Thankyou sudi dengar semua masalah aku semua cerita cinta cerita pahit masam masin aku sepanjang kita kenal. Thankyou sebab sabar dengan perangai sensitif aku, sabar dengan semua pasal diri aku. Thankyou sebab selama ni sanggup pinjamkan bahu time aku betul betul memerlukan and thankyou for everythings. ILOVEYOUSOMUCH 
Petua hilangkan jerawat
Tuesday, April 7, 2015 | 4:02 AM | 0budak comel


"Penjagaan kulit amatlah penting untuk setiap orang"

Setiap orang pasti menginginkan kulit yang cantik dan juga sihat. Maka penjagaan kulit amatlah penting kepada setiap orang mahupun lelaki atau perempuan. Pastikan kulit sentiasa dalan keadaan bersih bagi mengelakkan "JERAWAT" tumbuh di merata tempat. Penggunaan produk juga memainkan peranan penting kerana sesetengah orang tidak sesuai dgn produk yg mereka gunakan. Beberapa petua yg anda boleh cuba di rumah.

1. Hilangkan Jerawat Dengan Tomato.
Buah tomato mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.
2. Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis.
Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Jika tidak ada madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan ketika mencuba untuk kali pertama, letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis sedikit “panas” dan boleh menimbulkan rasa kurang selesa.
3. Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya.
Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Paling pentig, usaha ini hendaklah dilakukan secara berterusan.
4. Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi.
Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru dibilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.
Selamat Mencuba!

Bonjour ヅ

Ana //22 //Ganu
 SuperStalker♥
Follow @syazananabihah_

Instagram

Navigations ヅ

Owner Diary

Leave your footprint here babe ♥


Click click ヅ

Credits ヅ
Skin By Sharanichi Potter
Cursor By Syasya
Background By Yaya
Re-Edit By Alia Eyra ♡